Friday, April 8, 2011

Apa-apa je la!

Arrgggghhh!!!!! bosan, bosan, bosan! Takda masa untuk aku update blog. Sibuk melampau, nak sentuh komputer pun susah. Apasal la taun ni aku terlalu sibuk? Nak cakap aku study, memang tak la..hahahha.. bukan sebab malas tapi aku terlalu sibuk, aktiviti koko sekolah aku terlalu padat bulan ni. Tiap-tiap petang  aku kena ajar kawad. Leader la katakan..(bangga jap..hahahha).

Macam yang aku janjikan minggu lepas, aku akan upload gambar aku semasa aktiviti orienteering. Tapi tak banyak, sebab ni aku ambil guna kamera phone aku. Gambar yang menarik tak sempat aku nak minta dari cikgu. 

Aktiviti orienteering aritu memang best. Redah hutan, redah selut, redah paya, memang best la walaupun letih. Lebih kurang 4km kitorang berlari. Memang letih wa cakap lu. Papepon nasib baik la aku dapat apa yang aku nak..hahhaha..Juara milik aku!
aku dan musuh tradisi :)

menanti peserta lain yang belum sampai

peserta orienteering seramai 81 orang

peserta perempuan yang baru sampai

siapa 1st??
Itu je antara gambar yang sempat aku snap masa aktiviti orienteering minggu lepas. Gambar-gambar lain aku tak minta lagi dari cikgu. Maaf sebab lewat.

Nota:
Majulah sukan untuk negara dan untuk kesihatan diri.

Post a Comment

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search